Monday, November 28, 2011

Ada apa dengan Pusat Kecantikan Puteri ?





di mana anda boleh dapatkan semua perkhidmatan ini ????

IR SAUNA

ILMU KECANTIKAN SECARA PERCUMA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

kembali berblogging...yeay !

entry kali ini, saya mahu share tips percuma..

apa dia? jom baca !

Kenapa jerawat dan kekotoran yang tersumbat di pori-pori muka sentiasa tumbuh di tempat yang sama ? Malahan pori-pori kelihatan lebih besar dari sebelumnya.

Senang sahaja, ada dua kemungkinan bagi persoalan kenapa muka kita malar ditumbuhi jerawat dan kekotoran di tempat yang sama ( same spot ).

Pertamanya adalah kerana kemungkinan besar , memicit jerawat yang tidak sepatutnya ( jerawat yang kemerahan dan jerawat yang tengah masak ). Jadi, saki-baki / ‘akar’ jerawat di dalam kulit kita masih kekal dan ini menyebabkan bakal berlakunya ‘ulang tayang’ jerawat tersebut di spot yang sama.

Kedua, pemakaian toner atau mask mahupun menggolek kan muka dengan ais yang tidak konsisten dalam rutin harian. Toner / mask / ais ini membantu mengecilkan liang pori-pori muka kita. Bila permukaan liang pori-pori kita dapat di MINIMAkan, kotoran dan minyak yang membentuk kotoran tersumbat atau jerawat dapat di atasi secara MAKSIMA.

Bagi persoalan,mengapa pori-pori muka kelihatan lebih besar dari yang sebelumnya adalah kerana beberapa faktor. Tapi disini, saya mahu rungkaikan satu sahaja faktor iaitu, anda tidak mencuci muka dengan betul dan juga tidak memakai medium yang betul untuk mengecilkan liang pori-pori dan kebersihan muka anda. Maka, kekotoran dan juga kuman semakin lama, semakin ‘sedap’ termendak di dalam liang pori-pori kita. Kesannya, liang pori-pori yang kecil menjadi semakin besar, kerna tidak dapat menampung kekotoran halus yang melata di muka kita.

Jadi apa perlunya rawatan muka / facial? Kami sebagai Beautician hanya dapat membantu anda tuk cucian ‘deep-cleanse’ pada setiap kali anda facial. Selebihnya, jika tiada praktikaliti yang konsisten diamalkan dirumah oleh anda sendiri, ianya juga tidak dapat menyumbang kepada permukaan muka yang bersih , sihat dan cantik.

Kenapa saya beria-ia mahu bagitahu anda ini semua? 3 SEBAB sahaja. Pertama, saya rasa sangat bertanggungjawab tuk sebar atau war-warkan ilmu ini pada anda semua ( kadang-kadang berasa berdosa pula kalau tak bagitahu ), supaya anda semua faham akan sebab-musababnya kenapa ia berlaku. Keduanya, saya pasti dalam setiap agama yang diamalkan dalam dunia ini, menuntut kita mengamalkan kebersihan, jadi mengapa tidak ianya kita praktik-kan tuk kebersihan muka kita sendiri. Yang ketiga, sharing is caring 

Sampai di sini sahaja.

Cik Iza Maria,untuk Pusat Kecantikan Puteri