Friday, December 2, 2011

TIPS KECANTIKAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selain penjagaan muka yang konsisten, ada tips tambahan yang anda boleh amalkan pada setiap hari selepas rutin asas penjagaan wajah anda itu.

tak perlu takut, tak perlu gusar. tips tambahan ini tak perlu guna kos yang tinggi, kebanyakan bahan-bahannya, boleh didapati tersedia dalam rumah anda.

yang lagi bagus, tiada kandungan bahan kimia di dalam nya..wah bagusnya ! jadi, anda boleh lah aplikasi kan ia, setiap hari...bagus !

baiklah, tips tersebut adalah penjagaan wajah melalui pemakaian masker. bahan-bahan yang anda perlu cari adalah, BEDAK SEJUK , MADU ASLI, dan JUGA AIR SEJUK.

anda hancurkan bedak sejuk tersebut, dan pastikan bilangannya cukup tuk diletakkan di muka anda. selepas itu, masukkan madu secukupnya dan juga air sejuk. gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut,sehingga sebati.

selepas dicampurkan, anda boleh aplikasikan ia di muka anda selama tempoh 10-15 minit sahaja. selepas tamat tempoh tersebut, anda boleh lah bersihkan muka anda dengan air yang bersih. samada mahu biarkan muka anda bersih seperti itu atau mahu aplikasikan toner penyegar, terpulang kepada anda ya :)


apakah kebaikan ketiga-tiga bahan tersebut di dalam penjagaan kecantikan wajah:-

1. BEDAK SEJUK
- bertindak sebagai agen penarik kekotoran yang termendak di dalam liang roma.
- menegangkan muka.
- agen pencerah.

2. MADU.
-bahan ini telah termaktub dalam Al-Quran akan 1001 satu kebaikan dan penawarnya.
-antaranya adalah sebagai agen pelembab muka.
-juga sebagai antiseptik / anti kuman.
- pemangkin penyembuhan luka atau pun lebam.

3. AIR SEJUK / AIS.
-menegangkan wajah.
-mengecilkan liang roma.
-mengurangkan permukaan muka / jerawat yang kemerah-merahan.


amalkan setiap hari, selepas anda mencuci wajah anda dengan pencuci muka yang sesuai. jangan takut tuk amalkan ia setiap hari. paling saya recommend khas tuk bakal ratu sehari dan juga pada mereka yang 'pencinta kecantikan'.

masih ragu-ragu akan pemakaiannya atau pun ada kemusykilan mengenai bidang kecantikan ( yang berkaitan sahaja ), jangan segan silu tuk tanya saya di facebook (search : spaputeri@yahoo.com ). jangan lupa add ya..

baiklah, selamat mencuba.

terima kasih kerana sudi membaca.

till then,

bubbye

Cik Iza Maria untuk Pusat Kecantikan Puteri.

No comments:

Post a Comment